WARNING: this section may be still refering to DoudouLinux 1.2 Gondwana. Please browse the English section to learn about DoudouLinux 2.1 Hyperborea.
Aplikasi
Penambahan terkini : 19 October 2011.
DoudouLinuxStandard didatangkan dengan kira-kira lima puluh aplikasi yang telah dipilih khas untuk diakses oleh kanak-kanak yang berusia dari 2 tahun. Aplikasi ini meliputi tajuk-tajuk berikut:
Pendidikan → mengajar kanak-kanak sambil berseronok pada masa yang sama [1]
Keseronokan → seronok dengan permainan, mudah untuk diakses tetapi tidak semestinya terlalu mudah
Kerja → menulis teks, mengira, berkomunikasi, dll.
Multimedia → mendengar muzik, menonton video, bermain atau membuat muzik, atau mencipta filem animasi
Pada mulanya, anak-anak kecil hanya akan menggunakan permainan pendidikan. Kemudian apabila mereka membesar dan belajar, mereka akan dibawa kepada alatan kerja, permainan dan aplikasi multimedia.
Footnotes
[1] Melatih cara untuk menggunakan komputer termasuk juga mengajar abjad, nombor, logik, latihan memori, dll.
DoudouLinux mengandungi sepuluh permainan pendidikan untuk kanak-kanak dari usia 2 tahun. Matlamat permulaan permainan ini semata-mata mengajar kanak-kanak mengerakkan tetikus. Kemudian setelah (...)
Baca lagi...
DoudouLinux menawarkan beberapa aplikasi berkaitan dengan multimedia, yang merupakan bidang penggunaan komputer yang terluas pada masa kini. Dalam topik ini’ memang tidak mudah untuk mencari (...)
Baca lagi...
DoudouLinux menawarkan kira-kira 30 permainan yang berorientasikan keseronokan. Ianya telah dipilih kerana mudah, lucu atau berkeupayaan untuk membangunkan ketangkasan serta / atau pemikiran. (...)
Baca lagi...
Ya, kita juga perlu bekerja serba sedikit dan sudah pasti komputer boleh membantu kita bekerja ... Untuk membantu kanak-kanak memahami peranan komputer yang lain, kira-kira sepuluh aplikasi yang (...)
Baca lagi...